Resepi Bahagia dan Berjaya dalam Hidup
4:13 PM
1. Tidur awal
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat
kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar
an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit.
Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.
2. Bangun awal
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan
berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio
kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak. Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da
amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum
ke tandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil
arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat
subuh berjemaah. Sempurnakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain
3. Sarapan seperti raja
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan
untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya
2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping
roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug. Kalau menginap di hotel yang menyediakan sarapan saya
pastikan makan sebanyak yang boleh dan saya kurangkan makan tengah hari dan
malam.
4. Supplemen vitamins dan lain2
Selepas sarapan saya makan supplemen2 vitamin2 dan
antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri;
sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 seperti resveraterol dan
Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti
stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya
makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu
supplemen2 tersebut.
4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya
minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja
seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat
tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar. Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini
akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan. Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya
di akhirat kelak.
5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan
kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf,
berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pilih berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk
tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga
kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja
tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) boleh
mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.
6. Exercise paru2, mata dan kaki
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Boleh dibuat
dimana2; sedang duduk di pejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi; sedut
nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus
keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksigen
dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus
pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini boleh
baiki aliran darah dan kekuatan jantung.
7. Amalkan catit dalam buku jurnal dan diari
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua
idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain
dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan
tindakan demi untuk mencapai cita2. Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih
saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2
lampau. Memang sangat berguna dan bermanfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea
sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.
8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan
pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek
dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih
besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan
pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan
selama2.
9. Amalkan baca dan terus membaca
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting
membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta
fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber
khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
10. Uruskan masa dengan bijak
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu
biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga
atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2. Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih
dihospital Melaka. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu
tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak
rancangan televisyen atau bermain video games.
11. Banyak minum air
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti
jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang
mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter
sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air
limau nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka epal dengan madu.
12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat
kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal
pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate); ia menjadi
pencuri masa. Jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.
13. Sangka baik terhadap orang lain
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan
jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.
14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan -
nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup.
Tunaikan hak dan perintah Allah.
15. Cakap lunak dan sedap didengar
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas
kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu
sedekah. Jauhkan cakap2 negatif yang boleh matikan initiatif
orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
16. Senyum dan ucap salam selalu
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan
mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun
tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Mungkin ini akan membuka pintu perkenalan.
17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar
berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain.
Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.
18. Terima teguran dan pendapat orang lain
Jangan cuba menang dalam semua perbincangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih
menjadikan kita dihormati walaupun mungkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.
19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan
gosip
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba
memberi penjelasan.
20. Kawal kemarahan
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap
aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.
21. Bertenang ketika pandu kenderaan di jalan
raya
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully
atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ;
sentiasa berzikir dan berselawat.
22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan
'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita
tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
23. Muasabah diri
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang
lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2
yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2
lain dan dalaman kita tidak ketahui.
24. Kegagalan tangga kepada kejayaan
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup.
Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan
berubah
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi
baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan
Allah; berusaha dan tawakkal.
26. Jadi seorang pemberi dan pemurah
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri
makan, beri hadiah, beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut
kemampuan dan kaedaan.
27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah.
Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar
ganjarannya.
28. Mengetahui had diri
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu
ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan
dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran,
tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri.
'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan
ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk
menandakan kita ikhlas dan mesra.
30. Janji mesti ditepati
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama
ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari
waktu yang ditetapkan.
31. Bijak mengurus kewangan
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan
yang dikunci saperti tabung haji dan ASB. Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup
cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar
sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan
nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun. Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita.
Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri.
Beri dia sedikit sebagai hadiah.
32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat
panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka
masih hidup.
RUMUSAN:
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.
Dipetik dari FB Dr. Hamid Arshat
0 comments