❶ DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubat buat lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu Dhuha rasakan getaran kita untuk jadi apa.Contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
❷ TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
❸ AL-QURAN. Bangun pagi jangan buka handphone atau rancang nak buat apa-apa dulu. Mandi
dan ambil wudhu terus baca Al-Quran dan terjemahan walau satu ayat.
dan ambil wudhu terus baca Al-Quran dan terjemahan walau satu ayat.
❹ ZIKIR. Berzikir sebanyak mungkin. Kalau boleh cuba zikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan, buatlah sehingga 40 hari.
❺ SOLAT JEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu setiap hari.
❻ SILATURRAHIM. Jangan memutuskan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang lapang dan tenang.
❼ BERSEDEKAN. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.
❽ SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu dan tuba batu yang ke-39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas selesai solat.
❾ BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
❿ TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
- Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
- Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
- Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
- Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Jom sama-sama kita amalkan. Semoga kita semua dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dan beroleh kehidupan yang barakah.
Thanks for reading :)
Dipetik dari FB Page ISLAM Cara Hidupku